“Qilah, bangun!!!! Dah tengahari ni woii!!” ketukan bertalu-talu mengejutkan lenaku. Hatiku mendengus geram. Tak boleh tengok orang senang betullah adik aku ini. Aku mengeliat malas, jam di meja aku melihat sekilas.
“Alamak, dah pukul 11! Mati aku lambat lagi!!”, hatiku getus marah dengan abang aku, Hanif yang mengajak aku menemaninya menonton perlawanan bola di kedai mamak pagi tadi. Arghh kalau aku tak ikut mesti aku tak lambat ke kelas hari ini. Terbayang di ruangan mindaku wajah Puan Roziana yang bengis. Habislah kena marah lagi. Masuk hari ini dah tiga kali aku lewat ke kelasnya. Kelam kabut aku mencapai tuala dan terus ke bilik air. Aku yang bersiap ala kadar lantas menuruni tangga dengan laju. Kelihatan ibu, ayah dan adikku, Ariani bersarapan bersama di meja makan.
“Makan dulu Qilah. Isi perut awak tu dulu. Nanti sakit kang”, ibu menegurku. Aku yang kelam kabut menyarung stoking hanya menggeleng. Selesai saja menyarung kasut, kunci motorsikal ego aku dicapai. Berderum enjin apabila aku memulas minyak. Kena rempitlah gayanya. Terus ku tinggalkan perkarangan rumah.
Riuh rendah kelas aku dengan gelak tawa rakan sekuliahku. Pelik. Mana Puan Roziana ya? Tak masuk ke? Hatiku membebel sendirian. Aku duduk di meja paling hujung di belakang kelas. Sempat aku menjeling Anis dan kawan-kawannya yang bergelak ketawa sambil menepuk-nepuk meja. Aku mencebik menyampah. Siapa yang tidak kenal Anis Farhana, pelajar tercantiklah katakana. Tapi perangai buruk. Bila berlonggok dengan rakan sekutu dengannya, mulalah bergosip. Kalau tidak menganggu, tak kisah. Ini kalau bersembang habis semua barang di ketuk-ketuknya ke meja. Tabiat pelik minah ni. Ada saja barang di tangannya untuk dibuat bahan untuk mengetuk meja atau rakannya. Aku pusing ke belakang, kelihatan Amir dan Fatin berbual mesra. Ini lagi pasangan berkasih. Berdating tak kira tempat. Ada saja yang ingin dibualkan.Walaupun hari-hari jumpa. Aku pelik dengan perangai rakan-rakan sekelasku. Aku mencapai handphone Nokia N73 dalam poket seluar jeanku. Kelihatan beberapa mesej baru masuk. Mataku melekap pada nama “my boo” di peti masuk mesej aku.
“Selamat pagi sayang. I miss you so much. I kat ofis ni. Nanti petang kita keluar pergi tengok movie ok. I love you”
Tersengih-sengih aku membaca mesej dari kekasih hati aku, Amar. Hampir seminggu aku tidak bersua muka dengannya. Kesibukan masing-masing membuatkan kami jarang sekali dapat menghabiskan masa bersama. Aku yang mengenali Amar sebagai senior di sekolah lamaku semakin akrab apabila masing-masing saling bertukar khabar. Dan akhirnya kami memutuskan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan status bercinta. Tidak sedar tiba-tiba Akmal duduk di sebelahku memerhati pelik.
“Kau kenapa ni, Qilah? Tersengih-sengih. Ingatkan Amar lah tuh,” meluncur laju ayatnya. Aku hanya menjeling dan menyambung sengihanku. Aku membaca mesej lain, kelihatan nama Hazriq turut tertera di peti masuk mesej aku.
“Babe, petang ni kita tengok wayang nak? Aku dengar ada cerita baru, temankan aku pleaseee”
Alahai spoil lah Hazriq ni. Tak tahu ke petang ni aku ada date dengan Amar. Aku membalas mesej menolak ajakannya. Merajuklah sekejap lagi dengan aku mamat ni. Tengok jela nanti. Lelaki tapi perangai macam perempuan. Merajuk saja kerjanya. Hatiku membebel.
Aku memandang Akmal disebelahku yang sibuk bermain PSP ditangannya. Dah besar pun main game lagi mamat sorang ni.
“Eh Mal. Puan Roziana masuk ke tak harini? Buat aku kelam kabut nak datang kelas dia pagi nit au,” aku membebel. Teringat aku yang kelam kabut untuk mengelakkan bertembung dengan Puan Roziana.
“Aku dengar takda kot. Puan Roziana balik kampung, ayah dia meninggal katanya,” Akmal membalas tanpa memandang aku. Tangannya masih lagi ligat menekan butang-butang PSPnya. Aku mendengus, ini kalau balik seronok ni. Sambung tidur balik sementara tunggu petang menjelma.
“Aku balik dululah. Mengantuk gila temankan abang aku semalam. Bye!” aku lantas mencapai beg galasku dan menuju ke parking motor di perkarangan kolej Sunway College . Nasib baiklah rumah tak jauh. Selepas menghidupkan enjin terus aku tinggalkan perkarangan kolej dengan senyuman di bibir dan mata layu.
Petang itu, Amar menjemputku di rumah. Sekadar jeans dan bert-shirt lengan panjang yang bercorak polka dot. Aku kelihatan sempoi dengan penampilan diriku. Tubuhku yang langsing mampu disarungkan dengan apa jenis baju pun. Tetap nampak sesuai. Hanya secalit make-up, aku memerhatikan diriku di cermin dengan perasaan puas. Handbag MNG pemberian hadiah dari kakak yang penuh dengan isi make-up, losyen dan sebagainya aku capai dan segera aku turun ke bawah mendapatkan Amar yang menunggu di ruang tamu bersama ayah dan ibu. Sebelum keluar sempat aku mengucup tangan ibu dan ayah meminta kebenaran. Kereta Honda Jazz milik Amar lantas meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.
Seronok seharian menghabiskan masa bersama. Banyak yang dibualkan kami. Tentang pelajaran aku, tentang rakan-rakan sekuliahku. Sempat juga Amar menyelitkan nasihat agar aku menamatkan pelajaran aku dengan sebaiknya dan akan melamarku sebaik saja aku tamat belajar dan mempunyai karier sendiri. Aku tersenyum. Amar yang dua tahun lebih tua dariku nampak matang dalam berbicara. Itu yang aku senang dengan sikapnya dari dulu lagi. Tidak pernah lupa untuk memberikan aku nasihat. Lagaknya yang seperti Dr. Fadzilah Kamsah seringkali mencuit hatiku. Macam perempuan juga boyfriend aku ni kalau membebel. Aku hanya tersenyum. Sempat juga dia berkongsi pengalaman di tempatnya berkerja. Sengaja aku tekankan dia supaya berjaga-jaga dengan gadis-gadis di ofisnya kerana takut dia berubah hati dengan perempuan lain. Makan hati lah aku nanti. Amar hanya ketawa mendengar omelanku. Selesai makan malam di Papa Rich di sekitar bandaraya Kuala Lumpur , Amar menghantarku pulang. Tangannya kukucup hormat sebelum aku masuk ke rumah. Rasa berbunga hatiku dapat menghabiskan masa bersama dengan yang tersayang hari ini. Aku tersenyum lagi.
No comments:
Post a Comment